ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
1. KWSP umum dividen konvensional 5.5 peratus, shariah 5.4 peratus
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengumumkan kadar dividen 2023 yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 5.5 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.4 peratus untuk simpanan shariah.
2. Telegram sedia kerjasama dengan SKMM perkemas isu kawal selia platform
Pihak Telegram telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, bagi memperkemas aspek kawal selia platform berkenaan terutama dalam membanteras aktiviti scam dan judi dalam talian, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
3. Pesilat Sukma Terengganu meninggal dunia
Atlet silat Sukan Malaysia Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia pada Ahad selepas tidak sedarkan diri ketika menyertai pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height dekat Seremban, petang Sabtu.
4. Pendaftaran RTK 2.0 Sarawak dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran pendatang asing oleh majikan bagi program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 (RTK 2.0) Sarawak dilanjutkan hingga 30 Jun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala.
5. Raja Norway berangkat pulang dari Langkawi
Raja Norway Raja Harald V berangkat pulang dengan pesawat Scandinavian Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) pada 1.03 tengah Ahad.
6. MH370: MOT usaha dapatkan kelulusan Kabinet sambung kontrak dengan Ocean Infinity
Kementerian Pengangkutan (MOT) berusaha sedaya upaya mendapatkan kelulusan daripada Kabinet secepat mungkin bagi menandatangani kontrak baharu bersama syarikat Ocean Infinity untuk menyambung pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014.
7. BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
8. PM Anwar tiba di Melbourne untuk lawatan rasmi ke Australia
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Melbourne bagi meneruskan lawatan rasmi empat hari beliau ke Australia.
9. Tarikh lihat anak bulan Ramadan 10 Mac
Tarikh melihat anak bulan Ramadan untuk menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia tahun ini ialah pada petang Ahad, 10 Mac bersamaan 29 Syaaban 1445 Hijriah.
10. SST: 1,016 premis diperiksa, 24 notis dikeluarkan dalam Ops Kesan - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memeriksa 1,016 premis perniagaan dan mengeluarkan 24 notis dalam Ops Kesan yang bermula 1 Mac lepas, susulan kenaikan kenaikan kadar cukai perkhidmatan (SST) daripada 6 peratus kepada 8 peratus.
Astro Awani
Sun Mar 03 2024
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Lagi harimau belang mati dilanggar
Seekor harimau belang jantan dewasa dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Kilometer 50.8 arah Kuala Lumpur pada Khamis.
Saham MAHB alami kejatuhan ketika urus niaga diteruskan semula, pelabur dinasihat terima tawaran
Saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengalami kejatuhan sejurus urus niaganya disambung semula hari ini.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Bursa Malaysia naik pada dagangan awal
Bursa Malaysia mencatatkan peningkatan semula pada dagangan awal, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang positif.
Polis tahan empat lelaki disyaki terlibat kes samun, cubaan culik
Anggota unit D9 IPK Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai melakukan serbuan kira-kira pukul 10.50 pagi hingga 4.50 petang.
Ringgit naik kepada 4.68 berbanding dolar AS pada sesi pembukaan
Mohd Afzanizam berkata mata wang tempatan boleh berada pada paras RM4.67 hingga RM4.68.
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 April 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Mac 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 20 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 4 Januari 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 31 Disember 2023.